Assalamualaikum ya Habibi ya Maulana .
Walaweyhh . Kejap kejap , ambil mood usrah Jumaat . Kita imbau kembali usrah Jumaat minggu lepas . Jeng jeng jeng ... ,
" Di jemput saudari Suhaida (naib pres Ldp bhaai) untuk memberikan ucapan"
NaibPres : Saya ada beberapa berita yang pasti akan membuat semua terkejut
Everyone : *muka excited pleaseeeee*
NaibPres : Ldp telah berbincang dengan pihak atasan *jeng jeng jeng* , ini arahan daripada pihak atasan *bunyi drum* mulai minggu hadapan semua pelajar puteri wajib pakai tudung sekolah jenis licin *bunyi meriam* tak boleh pakai tudung cotton *bunga api boom boom*
Everyone : WHAT !?@#$%^&*
NaibPres : Bawa bertenang , bawa bertenang . Ada lagi satu perkara .
Everyone : *bising macam bunyi periuk belanga di hempas dari tingkat sepuluh bangunan akademik* (cehh hiperbola , blok akademik dua tingkat je)
NaibPres : Dan selepas cuti pula , waktu prep dan hari Selasa pagi semua pelajar puteri tidak dibenarkan memakai tudung bawal lagi .
Everyone : *bersedia nak baling kuali ke hadapan* WHAT THE ?! @#$%^&*
NaibPres : Bawa bertenang , bawa bertenang .
Everyone : *tenang itu apa? aku tahu tendang je*
NaibPres : Ini arahan pihak atasan . Pelajar puteri di minta memakai tudung jenis licin sahaja waktu prep . Mahupun , tudung awning SAIZ L . (WALLAHHHH , SAIZ L) . Ataupun , tudung labuh macam Kak Fairuz tuu atau Kak Sarah tuu .
Hanis : *Bayangkan rupanya memakai perkara perkara tersebut* . (ANEH !)
Everyone : Whattt ?! @#$%^&*
Okay , hentikan imbauan tersebut . So , minggu hadapan nya , satu maktab pelajar puteri pun memakai tudung licin mengalahkan rambut Harith Iskandar dalam iklan Nescafe . Eh lupa tak satu maktab pun pakai tudung licin . Ada seorang sesat pakai tudung cotton . Hmm , Baqis Zaini leteww -____-" Semua nampak amatlah sopan santun memakai tudung tersebut . Walllaaaahhh . Malangnya , aku dah pakai awal seminggu sebelum benda ini di kuatkuasakan . Kira macam pihak atasan was like "wahh Hanis cantik pakai tudung licin . Kita harus jadikan ini sebagai fesyen untuk pelajar puteri kita semua" (muka bangga) . Kalau lah betul cengituu enn .
Aku boleh terima pakai tudung licin sekolah . But then bayangkan nanti lepas cuti waktu prep ? Wallaahh . Nak suruh pakai tudung jahit pun aku tak terpakai lagi kann dia nak suruh aku pakai yang lagi tiga jenis tu . Wahh ! Tak terbayang rupaku . Ini sungguh menakutkan . Walaupun diri ini pernah memasang niat memohon jawatan sebagai Exco Dakwah dengan harapan dapat mengalahkan mamat politician hijau walau sedar diri ini sebenarnya tidak akan di undi oleh pihak pembangkang . Okay , apa kaitan ? Tapi tapi , bagaimana ?
LAWA KE LAWAK ? Bayangkan bayangkan bayangkannnn ...
Aku okay je nak suruh pakai . Tapi tak rasa hipopotamus ke ? Eh tak , hipokrit . Takpa takpa , demi Ismail . Haha . Siapa Ismail ? ISMAIL ?! ISMAIL ?! Entah , manusia khayalan .
Okay , entahlah . Aku tatau macam mana balik cuti nanti . Aku cakap kat dorang dorang , yang aku rasa nak pakai telekung je pergi prep nanti . Biar sejuk mata semua orang terus especially Ismail . Habis semua lari tak pergi prep seram dengan aku . Haha , eh best juga kalau cengitu . Senang nak prep , senyap sunyi sepi .
Takpa takpa . Demi Jam Bonia ku sanggup . Haha , tiada kaitan . Okay . Tapi tapi , kalau nanti balik maktab tengok aku macam no change je diam ajelah . Tu maksudnya tak sempat nak shopping tudung lah tu . Tapi kalau lepasni pergi prep setiap malam aku pakai jubah dengan tudung labuh kalah telekung jangan terperanjat . Jeng jeng .



